Mencari kemeja muslimah untuk dipakai ke pejabat yang sopan dan terkini?

Ramai golongan muslimah yang runsing mencari kemeja muslimah yang sesuai dipakai ke pejabat. Memang kemeja ada banyak yang di pasaran tetapi terlalu fit dengan dart di belakang. Singkat pula. Last-last hasrat nak pakai kemeja ke pejabat terkubur sahaja.

Alhamdulillah sekarang ni dah timbul inisiatif ramai peniaga muslim untuk membuat kemeja muslimah yang sesuai di pakai ke pejabat. Apa yang membezakan kemeja kami dengan kemeja lain di pasaran ialah tiada dart di belakang baju dan labuhnya menutupi bahagian punggung.  Untuk Haleema Apparel sendiri kami menyediakan koleksi kemeja labuh paras lutut dan ada yang atas sedikit dari lutut. Kemeja untuk saiz besar atau plus size pun ada. Saiz kemeja kami dari M hingga 4XL

Ada dua pilihan kelabuhan baju kerana pelanggan kami ada yang kecil molek dan yang tinggi lampai. Kalau yang kecil molek pakai baju yang terlalu labuh kasihan pula kami melihatnya.

Antara pilihan kemeja labuh  muslimah yang ada ialah kemeja Shira dan kemeja Amna

Boleh tengok gambar yang ada di bawah ni.

Kemeja Shira panjang bajunya atas sedikit dari lutut, tetapi tetap boleh cover bahagian punggung. Diperbuat daripada kain cotton polyester yang selesa dipakai di mana sahaja.Jenis kainnya mudah digosok dan tak cepat kedut bila dipakai berbanding dengan kain cotton lain

Boleh disesuaikan dengan tudung bercorak dan seluar panjang atau skirt labuh.
Ada banyak pilihan warna. Koleksi warna terkini boleh klik http://www.haleema.com.my/category/blouse-muslimah/shira/

Bahagian leher kemeja shira tak berkolar. Rasa lebih selesa  dipakai bila bertudung insyaAllah
Bahagian belakangnya tak ada dart. Di gambar seolah-olah ada dart kerana kami sepit di belakang patung untuk tujuan penggambaran. Takut ada pula yang salah faham :)







Satu lagi koleksi kemeja labuh kami ialah Kemeja Amna. Labuhnya paras lutut dan saiznya dari M hingga 4XL juga. Diperbuat daripada material yang sama dengan Kemeja Shira iaitu cotton polyester.


Kemeja Amna diserikan dengan trimming warna putih yang nampak contrast dengan warna baju. Nampak lebih stylish kan? Sesuai sangat untuk para muslimah yang berimej korporat. Kemeja Amna mempunyai kolar di leher dengan dua poket di dada. Stok dan saiz yang ada kami update di website. Boleh klik http://www.haleema.com.my/category/blouse-muslimah/amna/










Yang berminat dengan koleksi kemeja muslimah labuh keluaran Haleema Apparel boleh shop online di online store kami www.haleema.com.my atau datang ke Butik Haleema, Klang Sentral




0 comments:

Post a Comment