Petua Kecantikan Mengikut Sunnah oleh Ustazah Norhafizah Musa



Ustazah Norhafizah Musa berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan wanita mengikut sunnah yang beliau terima dari seorang doktor pakar sakit puan. Menurut Ustazah Norhafizah, pakar sakit puan ini pernah bekerja lama di Negara Arab Saudi dan beliau kagum dengan wanita Madinah.

Biasanya kebanyakan wanita setelah mengalami pembedahan sebanyak 3 atau 4 kali badan menjadi lemah dan tidak kuat. Berbeza pula dengan wanita di Madinah. Pakar sakit puan ini telah berjumpa ramai wanita Madinah yang bersalin secara pembedahan sebanyak 9-10 kali tetapi badan mereka masih kuat dan bertenaga. Faktor makanan sunnah membantu pemulihan diri mereka dengan sangat cepat. Makanan sunnah sangat berkhasiat dan apabila makan insyaAllah dapat pahala kerana mengikut sunnah Nabi.

Petua kecantikan dan kesihatan yang dikongsi oleh Ustazah Norhafizah secara ringkasnya seperti di bawah :-



1) Bangun tidur terus minum air suam.
Ia bagus untuk kecerdasan akal dan ingatan yang baik. Minum sebanyak 1 + 1/4 botol
Sebaiknya setiap kali minum air baca doa yang biasa dibaca sebelum minum air zam-zam iaitu:


2) Makan minyak zaitun sebanyak 1 sudu. Jika badan kecil ambil 1 sudu kecil, jika berbadan besar ambil 1 sudu besar


3) Minum 2 sudu besar pati delima



4) Campurkan 1 sudu kecil minyak habbatussauda, minyak kelapa dara, beberapa helai za'faran ke dalam secawan air suam dan kacau sambil berselawat dan minum. Biarkan perut berehat selama 1 1/2 jam -2 jam sebelum makan. Oleh itu sebaiknya ia dibuat sewaktu awal pagi.


5) Makan cuka tamar (Khal) - ambil sedikit sahaja




6) Gantikan jajan atau makanan ringan dengan kulit kayu manis - baik jika badan rasa letih-letih dan juga untuk tidur yang berkualiti


7) Kacip Fatimah - bagus untuk kesihatan wanita, melewatkan penuaan, sistem peranakan yang baik



Untuk penerangan lanjut mengenai petua kecantikan oleh Ustazah Norhafizah, tonton video di bawah ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
 





3 comments:

  1. Berminat untuk tambah pendapatan…http://goo.gl/tcpf9v

    ReplyDelete
  2. Pusat produk suntik putih dan obat suntik putih, suntik pemutih permanen terbagus terbaik, yang di gunakan para aris indonesia dan asia
    Info pemesanan bisa kunjungi website kami http://suntikputihartisindonesia.blogspot.co.id/

    ReplyDelete
  3. menarik perhatian dan dapat menjadi panduan . boleh berkongsi bersama petua kecantikan ye . Mari sama sama kongsi petua kecantika yg lain disini https://goo.gl/crdse1

    ReplyDelete