Kenali Corak fabrik terkini: Polkadot, Tribal, Tie dye, Leopard, Geometri, Paisley

Beberapa nama corak terkini dan popular yang ditengahkan dalam pembikinan fabrik yang diolah menjadi selendang, baju, skirt dan sebagainya ialah tribal, geometri, paisley dan tie dye. Jom kenali dengan dekat lagi beberapa jenis corak dan gaya yang telah melanda dunia fabrik sejak dulu hingga kini. 

Corak Polka dot

Corak Polka dot
Corak polka dot adalah antara corak yang ever green dan diminati ramai dari dahulu lagi. Jika diikutkan corak polka dot ini sudah lama wujud sejak zaman ibu kita dilahirkan. Bezanya dahulu dengan sekarang ialah , fabrik dengan corak polkadot telah datang dengan pelbagai saiz dan warna yang menarik. Kain kapas antara yang paling banyak menghiasi corak polka dot. Fabrik dengan corak polkadot sangat sesuai dibuat apa juga jenis pakaian dan barangan. Antaranya seperti:
  • baju kurung,
  • kemeja atau blaus wanita,
  • payung
  • dress atau gaun labuh
  • skirt
  • kasut
Selain itu, corak polka dot sesuai digayakan dalam apa jua jenis majlis jika bijak digabungkan bersama rona polos yang lain. Bermula daripada anak kecil sehingga ke peringkat remaja dan dewasa polka dot sentiasa serasi di tubuh pemakai.

Corak tribal

Motif Tribal
Saat ini, motif tribal menjadi salah satu trend fesyen yang digemari oleh pelbagai umur, mulai daripada  remaja sampailah pada kalangan ibu-ibu, bahkan perancang busana juga menggunakan motif tribal untuk hasil karyanya. Motif tribal ini sendiri didasari daripada motif etnik yang berasal daripada corak pakaian pelbagai suku di dunia, seperti suku Tibet, India, bahkan Afrika. Hingga saat ini, motif tribal hadir dalam variasi fesyen, seperti baju, celana, tas, sepatu, dan aksesori.

Tip memakai pakaian motif tribal:
  • Jika ingin memakai baju motif tribal, kenakan celana atau skirt yang tidak bermotif atau polos.
  • Tribal paling popular untuk dijadikan selendang dan tudung awning.
  • Jika ingin menambahkan aksesori yang juga bermotif tribal, pilihlah aksesori yang berwarna senada dengan motif tribal yang dikenakan.
  • Untuk kasut atau sandal, padanan yang tepat iaitu yang bertumit kayu.
Pada umumnya, motif tribal sesuai dipakai oleh orang yang menyukai kebebasan dan memiliki kepercayaan diri.

Corak Tiedye

Corak Tie-dye
Cuaca yang agak panas sejak kebelakangan ini membuatkan orang ramai mengenakan pakaian jenis kapas agar lebih selesa menjalankan aktiviti harian. Fabrik kapas pula sangat sesuai dengan corak tie-dye sinonim dengan pakaian musim panas dan pakaian pantai.
  • Istilah tie-dye muncul daripada cara membuatnya iaitu proses mengikat dan mewarnai fabrik atau pakaian yang kebanyakannya daripada kapas dengan menggunakan warna yang terang.
  • Kaedah yang digunakan sama seperti kaedah mewarnai fabrik tradisional di seluruh dunia tetapi tie-dye merupakan satu kaedah mewarnai fabrik tradisional versi moden.
  • corak tie-dye bukan sahaja pada pakaian, malah aksesori lain seperti beg tangan, tudung, kardigan dan lain-lain.

corak Leopard
Gaya Corak Leopard
Jika anda suka dengan motif bercorak haiwan, anda boleh memberikan sentuhan motif leopard atau harimau bintang untuk pakaian anda. Berikan motif tersebut hanya untuk satu sentuhan sahaja, misalnya baju polos dengan sedikit motif leopard atau kasut dengan motif leopard.

Berikut tip menggayakan corak leopard:
  • Jangan terlalu sarat dengan corak ini. Ia akan menampakkan anda seorang yang ganas dan garang.
  • Perlu digayakan mengikut kesesuaian majlis.
  • Buat kamu yang berkarakter lembut, corak ini kurang sesuai.
  • Fabrik lycra dan sifon antara yang paling sesuai untuk corak ini.
corak Geometri

 
Corak Geometri
Corak geometri amat sinonim dengan kesenian Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga motif hiasan yang sering menjadi pilihan para seniman Islam kerana sifatnya yang bukan figura (makhluk bernyawa). Dua lagi motif pilihan tersebut adalah kaligrafi dan corak tumbuhan. Bagaimanapun, di dalam bidang seni corak geometri merujuk dengan bentuk yang terhasil daripada susunan dan gabungan titik dan garis. Kini, corak geometri telah mewarnai dunia fesyen.
  • Corak geometri boleh digabung bersama corak abstrak.
  • Kelihatan mewah pada tubuh si pemakai.
  • Boleh digayakan dalam bentuk skirt labuh, selendang dan juga blaus.
  • Sesuai digayakan dalam majlis formal dan keramaian.

corak paisley
Corak Paisley
  • Paisley adalah corak yang berasal daripada rekaan sari kaum wanita India. Kini, diolah semula oleh pereka fesyen bagi menghasilkan kepelbagaian jenis rekaan khususnya pada baju, selendang dan fabrik yang bersesuaian untuk dijadikan gaya.
  • Gabungan beberapa warna dan lakaran yang unik telah dihasilkan untuk kelihatan lebih menarik
  • Manakala corak batik paisley pula akan kelihatan sedikit padat ataupun corak penuh, maka cara pemakaian juga harus diambil kira supaya si pemakai tidak nampak terlalu sarat dan berat.
  • Sebagai contoh, pemakaian selendang pashmina corak batik paisley ini haruslah dipadankan dengan baju atau blaus yang tidak bercorak.

Dalam banyak-banyak jenis corak yang kami kongsikan di atas, yang mana satu paling anda sukai? Kongsikan bersama kami :-)

0 comments:

Post a Comment