Ustazah Norhafizah Musa berkongsi rahsia kecantikan dan kesihatan wanita mengikut sunnah yang beliau terima dari seorang doktor pakar sakit puan. Menurut Ustazah Norhafizah, pakar sakit puan ini pernah bekerja lama di Negara Arab Saudi dan beliau kagum dengan wanita Madinah.

Biasanya kebanyakan wanita setelah mengalami pembedahan sebanyak 3 atau 4 kali badan menjadi lemah dan tidak kuat. Berbeza pula dengan wanita di Madinah. Pakar sakit puan ini telah berjumpa ramai wanita Madinah yang bersalin secara pembedahan sebanyak 9-10 kali tetapi badan mereka masih kuat dan bertenaga. Faktor makanan sunnah membantu pemulihan diri mereka dengan sangat cepat. Makanan sunnah sangat berkhasiat dan apabila makan insyaAllah dapat pahala kerana mengikut sunnah Nabi.

Petua kecantikan dan kesihatan yang dikongsi oleh Ustazah Norhafizah secara ringkasnya seperti di bawah :-



1) Bangun tidur terus minum air suam.
Ia bagus untuk kecerdasan akal dan ingatan yang baik. Minum sebanyak 1 + 1/4 botol
Sebaiknya setiap kali minum air baca doa yang biasa dibaca sebelum minum air zam-zam iaitu:


2) Makan minyak zaitun sebanyak 1 sudu. Jika badan kecil ambil 1 sudu kecil, jika berbadan besar ambil 1 sudu besar


3) Minum 2 sudu besar pati delima



4) Campurkan 1 sudu kecil minyak habbatussauda, minyak kelapa dara, beberapa helai za'faran ke dalam secawan air suam dan kacau sambil berselawat dan minum. Biarkan perut berehat selama 1 1/2 jam -2 jam sebelum makan. Oleh itu sebaiknya ia dibuat sewaktu awal pagi.


5) Makan cuka tamar (Khal) - ambil sedikit sahaja




6) Gantikan jajan atau makanan ringan dengan kulit kayu manis - baik jika badan rasa letih-letih dan juga untuk tidur yang berkualiti


7) Kacip Fatimah - bagus untuk kesihatan wanita, melewatkan penuaan, sistem peranakan yang baik



Untuk penerangan lanjut mengenai petua kecantikan oleh Ustazah Norhafizah, tonton video di bawah ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
 







Rezeki itu bukan sahaja berkaitan dengan mendapat duit, tetapi dalam pelbagai keadaan seperti diberikan kesihatan yang baik, mendapat pekerjaan yang bagus, perniagaan yang berkembang maju, bertemu dengan jodoh yang baik, dikurniakan zuriat, termasuk juga dikurniakan iman dan istiqamah dalam membuat amal ibadah dan lain-lain.

Kadang-kadang kita risau apabila memikirkan kegawatan ekonomi, pelaksanaan GST, krisis kewangan, belum dapat pekerjaan yang baik, belum bertemu jodoh, belum dikurniakan zuriat dan lain-lain tapi jika kita fikirkan semula Yang Maha Menyelesaikan Kesulitan dan Yang Maha Memberi Rezeki itu ialah Allah S.W.T.

Rezeki yang berkat dapat diperoleh dengan cara mendekati Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan melakukan amalan-amalan pengundang rezeki. Apakah amalan-amalan yang mengundang rezeki itu? Di sini kami kongsikan beberapa amalan untuk mengundang rezeki yang asalnya dikongsikan oleh Ustaz Yusuf Mansur seorang penceramah dan pendakwah popular dari negeri jiran, Indonesia di laman youtube beliau.

Hasil dari perkongsian beliau, kami ringkaskan dan catatkan kembali beberapa amalan yang mengundang rezeki melimpah ruah seperti dibawah:

 Amalan Mengundang Rezeki

1. Membaca Surah al Waqiah
    Baca selepas Subuh dan selepas Asar

2. Ya Fattah Ya Razzaq
    Lazimkan baca 3 kali atau 11 kali atau 33 kali selepas solat - Baca minimal 3 kali.

3. Melazimi membaca al quran dan surah-surah tertentu pada waktu tertentu seperti
  • Membaca Surah Ar-Rahman-  Baca selepas solat Dhuha
  • Membaca Surah Yaasin - Baca selepas solat Isya'
  • Membaca Surah al-Mulk - Baca menjelang tidur

4. Baca selawat - allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad
    Lazimkan baca sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari

5. Solat Dhuha

6. Bersedekah

7. Solat Berjemaah di Masjid tepat waktunya


Video lengkapnya boleh dilihat seperti di bawah. Moga perkongsian ini membawa manfaat untuk anda. Jika bermanfaat jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain supaya sama-sama kita amalkan dan mendapat manfaat.




Assalammualaikum.



Doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata ini asalnya dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di laman youtube beliau.

Menurut ustaz Amin, doa ini beliau dapat semasa menziarahi ulama di Makkah. Kami kongsikan semula di sini supaya semua mendapat manfaat dan kebaikan dari perkongsian doa ini insyaAllah.

Amalan ini mesti dibuat setiap kali solat Fardhu

Caranya:

  1. Rapatkan dua jari seperti gambar di bawah
  2.  Selawat 3 kali - Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad
  3. Baca 3 kali ayat ini - la ilaha illallah  nurul 'ain muhammadur rasulullah qurratu 'ain
  4. Tiupkan pada jari dan gosokkan sendi jari pada mata dari dalam ke luar
  5.  Kemudian baca lagi pada jari Surah Qaf ayat  ke 22 (mula dari fakasyafna...)dan sapukan pada mata sekali lagi.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
Maksudnya : maka kami(Allah) singkapkan daripada engkau(manusia) tabirmu penutupmu lalu pandanganmu pada hari menjadi tajam.


Menurut ustaz, seorang yang memakai cermin mata selama 30 tahun telah mengamalkan doa dan amalan ini Alhamdulillah dalam masa 6 bulan power cermin matanya 600 kedua -dua belah telah turun dan boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata.

Video lengkap doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata boleh dilihat di bawah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.



 Dalam dunia fesyen, ada beberapa items yang menjadi must-have items dan harus ada di dalam almari. Wanita muslimah juga tidak terkecuali dan memerlukan beberapa must-have items supaya penampilan nampak kemas dan rapi selain memastikan aurat terjaga. Mari kita lihat apakah barang-barangnya:

1) Keperluan Asas
Sebagai asasnya,wanita muslimah memerlukan inner tudung/shawl, stokin kaki, stokin lengan, inner baju, jarum peniti atau brooch untuk penampilan yang sempurna.

  • Inner tudung/shawl : Perlu dipakai untuk menutupi kepala sebelum tudung/shawl dipakai. Penting untuk mengelakkan rambut daripada terkeluar dari tudung dan mengelakkan bayang rambut kelihatan sekiranya tudung yang dipakai jarang.
  • Stokin kaki: Perlu dipakai sepanjang masa kerana kaki sebahagian daripada aurat.
  • Stokin lengan: Pakaian dengan model batwing atau lengan longgar seperti baju kurung juga perlu menggunakan stokin lengan sebagai inner. Warna stokin lengan dapat disesuaikan dengan warna kulit atau warna pakaian.

  • Inner Baju: Baju lengan panjang yang boleh menutup bahagian dalam tubuh sebagai lapisan pertama setelah memakai pakaian dalam. Dengan menggunakan inner baju kita boleh menggabungkan pakaian lain yang memiliki lengan lebih pendek. Ia juga boleh dipakai sekiranya baju yang dipakai jarang atau berbayang. Mengumpul inner baju warna basic akan lebih menguntungkan kerana boleh disuaipadan dengan aneka warna pakaian.
  • Jarum Peniti/Brooch: Kita  gunakan untuk menyematkan bahagian tertentu agar tudung atau shawl kita tidak berserabut dan kelihatan kemas  
  • Cardigan – sangat praktikal dipakai ke rumah jika tetamu datang dan kita memakai baju berlengan pendek, atau poslaju datang mengirim barang dan minta tandatangan di rumah. Nak sidai kain dan buang sampah di luar rumah pun boleh pakai. Sarung cardigan dan tudung instant dan keluar




 2) Tudung/Shawl

Item wajib ada dalam koleksi kamu. Ada pelbagai pilihan warna, corak dan material tudung boleh didapati di pasaran. Antara yang popular dan disukai ramai ialah instant shawl, tudung bawal dan tudung instant. Boleh pilih yang mana sesuai dengan diri kamu asalkan pastikan labuhnya menutupi dada dan selesa apabila dipakai.


3)Tunik/Blouse labuh - bersyukur sekali saat ini banyak butik baju di Malaysia sudah cenderung mengeluarkan pakaian untuk golongan muslimah. Pilihan semakin banyak dan mudah untuk didapati Saranan kami anda memilih blouse yang labuhnya menutupi bahagian pinggul dan longgar serta tidak jarang. Akhir-akhir ini, high low blouse dan ruffle top menjadi antara pilihan wanita kerana bentuknya yang unik dan menarik.


4)Tshirt panjang dan labuh - disamping bekerja dan beribadah, kita juga harus bersenam untuk memastikan tubuh badan yang sihat. Pakai baju tshirt yang berlengan panjang dan selesa ketika bersenam, beriadah atau ketika melakukan aktiviti lasak yang memerlukan pergerakan yang bebas. Pilih baju tshirt yang diperbuat daripada 100% cotton supaya kulit dapat bernafas dan mudah serap peluh.

Tshirt

5)Skirt labuh – sekurang-kurangnya kamu perlu ada skirt pensel, skirt kembang dan skirt labuh setiap satu dalam koleksi kamu. Untuk penampilan yang anggun dan feminin, skirt labuh dari bahan lycra, lace dan chiffon boleh mempercantik penampilan anda. Bila anda ingin gaya yang kasual, pilihlah skirt dari fabrik cotton atau rayon. Untuk tampil istimewa, skirt labuh dari satin adalah pilihan yang tepat
Skirt labuh satin


6) Aksesori - pakai aksesori simpel seperti gelang atau brooch pada baju atau tudung. Sekiranya baju atau tudung ada mempunyai corak yang banyak, anda tidak perlu memakai aksesori berlebihan
Brooch





Beberapa nama corak terkini dan popular yang ditengahkan dalam pembikinan fabrik yang diolah menjadi selendang, baju, skirt dan sebagainya ialah tribal, geometri, paisley dan tie dye. Jom kenali dengan dekat lagi beberapa jenis corak dan gaya yang telah melanda dunia fabrik sejak dulu hingga kini. 

Corak Polka dot

Corak Polka dot
Corak polka dot adalah antara corak yang ever green dan diminati ramai dari dahulu lagi. Jika diikutkan corak polka dot ini sudah lama wujud sejak zaman ibu kita dilahirkan. Bezanya dahulu dengan sekarang ialah , fabrik dengan corak polkadot telah datang dengan pelbagai saiz dan warna yang menarik. Kain kapas antara yang paling banyak menghiasi corak polka dot. Fabrik dengan corak polkadot sangat sesuai dibuat apa juga jenis pakaian dan barangan. Antaranya seperti:
  • baju kurung,
  • kemeja atau blaus wanita,
  • payung
  • dress atau gaun labuh
  • skirt
  • kasut
Selain itu, corak polka dot sesuai digayakan dalam apa jua jenis majlis jika bijak digabungkan bersama rona polos yang lain. Bermula daripada anak kecil sehingga ke peringkat remaja dan dewasa polka dot sentiasa serasi di tubuh pemakai.

Corak tribal

Motif Tribal
Saat ini, motif tribal menjadi salah satu trend fesyen yang digemari oleh pelbagai umur, mulai daripada  remaja sampailah pada kalangan ibu-ibu, bahkan perancang busana juga menggunakan motif tribal untuk hasil karyanya. Motif tribal ini sendiri didasari daripada motif etnik yang berasal daripada corak pakaian pelbagai suku di dunia, seperti suku Tibet, India, bahkan Afrika. Hingga saat ini, motif tribal hadir dalam variasi fesyen, seperti baju, celana, tas, sepatu, dan aksesori.

Tip memakai pakaian motif tribal:
  • Jika ingin memakai baju motif tribal, kenakan celana atau skirt yang tidak bermotif atau polos.
  • Tribal paling popular untuk dijadikan selendang dan tudung awning.
  • Jika ingin menambahkan aksesori yang juga bermotif tribal, pilihlah aksesori yang berwarna senada dengan motif tribal yang dikenakan.
  • Untuk kasut atau sandal, padanan yang tepat iaitu yang bertumit kayu.
Pada umumnya, motif tribal sesuai dipakai oleh orang yang menyukai kebebasan dan memiliki kepercayaan diri.

Corak Tiedye

Corak Tie-dye
Cuaca yang agak panas sejak kebelakangan ini membuatkan orang ramai mengenakan pakaian jenis kapas agar lebih selesa menjalankan aktiviti harian. Fabrik kapas pula sangat sesuai dengan corak tie-dye sinonim dengan pakaian musim panas dan pakaian pantai.
  • Istilah tie-dye muncul daripada cara membuatnya iaitu proses mengikat dan mewarnai fabrik atau pakaian yang kebanyakannya daripada kapas dengan menggunakan warna yang terang.
  • Kaedah yang digunakan sama seperti kaedah mewarnai fabrik tradisional di seluruh dunia tetapi tie-dye merupakan satu kaedah mewarnai fabrik tradisional versi moden.
  • corak tie-dye bukan sahaja pada pakaian, malah aksesori lain seperti beg tangan, tudung, kardigan dan lain-lain.

corak Leopard
Gaya Corak Leopard
Jika anda suka dengan motif bercorak haiwan, anda boleh memberikan sentuhan motif leopard atau harimau bintang untuk pakaian anda. Berikan motif tersebut hanya untuk satu sentuhan sahaja, misalnya baju polos dengan sedikit motif leopard atau kasut dengan motif leopard.

Berikut tip menggayakan corak leopard:
  • Jangan terlalu sarat dengan corak ini. Ia akan menampakkan anda seorang yang ganas dan garang.
  • Perlu digayakan mengikut kesesuaian majlis.
  • Buat kamu yang berkarakter lembut, corak ini kurang sesuai.
  • Fabrik lycra dan sifon antara yang paling sesuai untuk corak ini.
corak Geometri

 
Corak Geometri
Corak geometri amat sinonim dengan kesenian Islam. Ia merupakan salah satu daripada tiga motif hiasan yang sering menjadi pilihan para seniman Islam kerana sifatnya yang bukan figura (makhluk bernyawa). Dua lagi motif pilihan tersebut adalah kaligrafi dan corak tumbuhan. Bagaimanapun, di dalam bidang seni corak geometri merujuk dengan bentuk yang terhasil daripada susunan dan gabungan titik dan garis. Kini, corak geometri telah mewarnai dunia fesyen.
  • Corak geometri boleh digabung bersama corak abstrak.
  • Kelihatan mewah pada tubuh si pemakai.
  • Boleh digayakan dalam bentuk skirt labuh, selendang dan juga blaus.
  • Sesuai digayakan dalam majlis formal dan keramaian.

corak paisley
Corak Paisley
  • Paisley adalah corak yang berasal daripada rekaan sari kaum wanita India. Kini, diolah semula oleh pereka fesyen bagi menghasilkan kepelbagaian jenis rekaan khususnya pada baju, selendang dan fabrik yang bersesuaian untuk dijadikan gaya.
  • Gabungan beberapa warna dan lakaran yang unik telah dihasilkan untuk kelihatan lebih menarik
  • Manakala corak batik paisley pula akan kelihatan sedikit padat ataupun corak penuh, maka cara pemakaian juga harus diambil kira supaya si pemakai tidak nampak terlalu sarat dan berat.
  • Sebagai contoh, pemakaian selendang pashmina corak batik paisley ini haruslah dipadankan dengan baju atau blaus yang tidak bercorak.

Dalam banyak-banyak jenis corak yang kami kongsikan di atas, yang mana satu paling anda sukai? Kongsikan bersama kami :-)

1) Dua warna adalah pilihan yang paling baik bagi wanita bekerjaya untuk memilih pakaian ke pejabat. Warna yang paling maksimum adalah tiga warna.  Jika anda memakai pakaian melebihi tiga warna, kesannya adalah kurang sesuai.

2) Kain berkilat atau mengikut bentuk badan seperti satin dan sifon kurang sesuai dipakai ke pejabat. Lebih baik anda gunakan fabrik yang memberi keselesaan seperti fabrik kapas atau yang mempunyai campuran kapas.

3) Bagi yang enggan memakai pakaian Barat seperti blaus dan kemeja, pakaian tradisional seperti baju kurung adalah pilihan yang terbaik. Baju kurung hendaklah dengan kombinasi warna yang sesuai dan tidak mempunyai manik dan labuci yang banyak.

4) Pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan fesyen tertentu atau warna tertentu saja kerana ia akan membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika bekerja. Anda akan kelihatan anggun dengan warna semulajadi.  Pilihan yang paling sesuai ke pejabat adalah seperti warna krim, hitam, coklat, kelabu ataupun biru tua.

5) Bagi tampil profesional ke pejabat,  anda sebaik-baiknya menghindari motif flora dalam berpakaian.  Motif polos dengan warna tegas akan memberikan kesan lebih profesional dan lebih mudah untuk disuai padan.

         
Motif polos dan warna tegas sesuai dipakai di pejabat


6) Fesyen bukan saja membabitkan pakaian tetapi juga pemilihan aksesori yang tepat dan warna kasut yang sesuai serta gaya ikatan tudung dan gaya mengemaskannya.

7)  Sebaiknya hindari memakai tudung yang bermotif serabut ke pejabat. Tetapi tidak harus yang polos kerana anda tetap memerlukan variasi agar tidak kelihatan membosankan. Pilihan terbaik adalah memakai tudung yang mempunyai sedikit motif di tepinya.

8) Untuk tudung pilih warna yang lembut dan hindari warna putih polos kerana akan membuatkan anda seperti memakai seragam sekolah di samping cepat kotor.
Berikut ialah tips berpakaian bagi wanita supaya kelihatan kurus dan langsing:

1. Kenali bentuk tubuhmu
Pertama sekali kenali bentuk tubuh badan kita terlebih dahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, baca artikel kami mengenai bentuk – bentuk tubuh manusia di artikel ini http://blog.haleema.com.my/2015/03/tips-memilih-warna-pakaian-berdasarkan.html. Setelah mengetahui bentuk tubuh, proses memilih baju yang sesuai akan menjadi lebih mudah.

2. Hindari pakaian yang terlampau longgar dan besar
Banyak wanita melakukan kesalahan yang sama iaitu menggunakan pakaian longgar untuk menutupi bentuk tubuhnya. Sebagai wanita muslimah kita digalakkan berpakaian longgar tetapi jika terlampau longgar dan besar ia akan membuatkan kita semakin kelihatan besar atau gemuk. Sebaiknya pilihlah dan gunakan pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Hindarilah menggunakan pakaian lurus dan menggelembung yang tentu akan membuat anda kelihatan semakin besar.

3. Pilih warna yang tepat
Warna sangat berpengaruh dalam pemilihan pakaian yang akan kita gunakan. Walaupun banyak wanita memilih untuk menggunakan warna hitam agar kelihatan kurus dan langsing namun ia tidak bererti kita harus sentiasa memilih pakaian berwarna hitam dan tidak berani memakai pakaian berwarna. Pakaian dengan rona warna yang gelap seperti biru tua, coklat gelap, ungu tua, kelabu dan sebagainya adalah alternatif warna selain hitam yang sesuai dipakai oleh wanita  yang memiliki tubuh gemuk. Sebelum memilih warna untuk pakaian yang akan kamu gunakan, perhatikanlah terlebih dahulu warna kulit, rambut, dan mata yang kamu miliki untuk mendapatkan warna yang sesuai.

4. Pilih corak baju yang kecil
Jika anda adalah wanita yang suka menggunakan pakaian dengan corak yang banyak dan terlalu besar, lebih baik anda menguranginya. Menggunakan pakaian yang memiliki corak terlalu banyak akan membuat tubuh badan kita semakin kelihatan besar dan penuh. Sebagai penyelesaian, gunakan aksesori untuk mempermanis penampilan anda seperti rantai dan gelang atau aksesori lain yang ringkas dan elegan.


   
5. Pilih fabrik yang tidak berkilap
Pilih bahan baju yang sedap dipakai di badan dan cantik di mata, misalnya linen dan cotton. Hindari kain melambai dan berkilat. Ini akan memantulkan cahaya dan membuat anda kelihatan lebih besar.

6. Pilih pakaian yang memanjang ke bawah
Baju dengan gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih kurus dan langsing. Contohnya baju seperti blazer, cardigan dan tunik.

Ok cukup setakat ini sahaja. Moga maklumat ini sedikit sebanyak membantu anda dalam memilih pakaian.
Badan gempal dan tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan baju berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
 
Badan kurus dan rendah

Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

Badan kurus dan tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

Untuk mengetahui jenis pakaian apa yang tepat, anda perlu ketahui dahulu bentuk tubuh anda kategori yang mana. Pada umumnya bentuk tubuh wanita terdiri daripada 4 jenis iaitu :-
    


(a) Bentuk Badan Buah Pear


Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.

Tips untuk bentuk badan buah pear :
1. Pakaian yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

2. Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.

3. Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.

4. Cari aksesoris yang boleh dipakai di leher sehingga dapat mengimbangi area pinggul dan paha. Hindari memakai pakaian yang ketat.

(b) Bentuk Tubuh Epal                                                            
Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips untuk bentuk tubuh epal :
1. Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

2.Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

3. Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
4. Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi.

5. Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.

6. Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.
Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk.


(c ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle

Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.

Tips untuk tubuh 4 segi :
1. Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.

2. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.

(d)  Bentuk Jam pasir

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggan

Tips untuk tubuh jam pasir :

 1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.

2. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.

 

  • Asingkan pakaian anda.

Walaupun semua pakaian daripada cotton adalah sangat tahan lama, ia tidak mempunyai
ketahanan yang sama.

Mengasingkan baju Cotton anda boleh membantu memanjangkan hayat pakaian anda. Asingkan
pakaian Cotton anda mengikut berat badan dan warna.

Kain cotton yang berat, dan berwarna seperti denim, kanvas atau korduroi
hendaklah dibasuh bersama-sama di dalam air sejuk atau sejuk.

Baju cotton yang ringan dan berwarna terang seperti Tshirt warna putih hendaklah dicuci bersama-sama dalam air sejuk



  • Buangkan noda dan kotoran pada baju

Kerumitan penyingkiran kotoran baju pada baju Cotton bergantung kepada jenis noda
dan kotoran yang melekat padanya.

Jika anda mendapati kesan hitam pada pakaian anda sebelum anda akan meletakkan
ia di dalam mesin basuh, rendamkan ia dengan detergen sebelum anda memulakan
cucian.

Jika kotoran baru saja melekat di baju anda seperti kicap atau ais krim, cepat-cepat basuh baju anda dengan air atau ais.


  • Baca Tag Baju

Sebelum memasukkan baju anda ke dalam mesin basuh anda, baca arahan pengilang
untuk penjagaan dan suhu cadangan. Bahan cotton boleh tahan lama, tetapi bahan cotton
yang halus dikehendaki dicuci dengan tangan atau bahan pencuci yang lembut untuk
memastikan mereka dalam keadaan yang baik.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pakaian cotton biasanya boleh dibasuh menggunakan
mesin basuh anda dengan sabun cucian biasa.

Cotton boleh mengecut dan kedut dengan mudah. Oleh itu bahan cotton sering digabungkan
dengan gentian lain. Semak penggunaan penjagaan pada tag baju untuk apa-apa untuk
pengecualian khas.

1.           COTTON

Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya
⦁    nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan
⦁    kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku
⦁    kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.
⦁    noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
⦁    boleh dicuci atau di dry clean
⦁    tidak mudah kusut saat dicuci
⦁     apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat.

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

i.    Cotton Jepun (Japanese Cotton)
Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti

⦁     dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
⦁    daya menyerap keringat lebih bagus.
⦁    harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
⦁    permukaan kain lebih halus.
⦁    warna lebih awet dan tahan lama.
⦁    sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya

Kami banyak membuat blouse daripada Japanese Cotton. Koleksi blouse dari Japanese Cotton boleh dilihat di sini http://haleema.com.my/collections/blouse/haleema


      ii.      Cotton Paris
Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

     iii.     Cotton Silk
Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :
⦁    permukaan kain lebih mengkilap.
⦁    harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
⦁    daya serap keringat paling rendah.
⦁    warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

     iv.   Cotton minyak
Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).
⦁     harga sama dengan cotton biasa.
⦁    daya serap keringat yang baik
⦁    kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

  v.  Cotton biasa
⦁    motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
⦁     harga lebih murah.
⦁    daya serap keringat sederhana bagus.
⦁    warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun


 2.             JACQUARD

Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit


3.             CREPE

Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.

4.             RAYON

Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.


5.             KAIN ORGANZA

Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.

6.             KAIN CHIFFON

Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.
Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:
  • Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.
  • Chiffon Goldline
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.
  • Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

  • Double Chiffon
Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.
  • Chiffon Plain 
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.
  • Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.
  • Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.
  • Chiffon Tribal
Mempunyai motif bercorak tribal
Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.
Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.


7.             KAIN SATIN

Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya mengkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.

8.             POLYESTER

Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.

Antara ciri-ciri lainnya :

⦁        Bahan terasa panas dibadan.
⦁    Tidak menyerap keringat.
⦁    Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
⦁    Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
⦁    Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

 

9.             SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau.

Antara ciri-ciri lainnya :   
⦁    Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
⦁    Menyerap keringat
⦁    Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

10.         VISCOSE

Antara ciri – cirinya:
⦁    Terasa lembut dan dingin di kulit
⦁    Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
⦁     Menyerap keringat
⦁    Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam
⦁    Boleh dicuci atau di dry clean
⦁    Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent


11.         LINEN

Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress

Antara ciri-ciri lainnya :
⦁    Bahannya kaku dan dingin.
⦁    Permukaan kain agak kasar
⦁    Menyerap keringat.
⦁     4x lebih lasak dari cotton
⦁    Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
⦁     Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12.         SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13. LYCRA
Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

14. WOOL PEACH

Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun,sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebeabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.