Ada yang mencari blouse baju blouse plus size yang formal atau kasual?

Kini anda boleh dapatkan blouse plus size formal dan kasual di Haleema Apparel. Ada banyak jenis baju blouse plus size yang kami tawarkan dengan pelbagai rekaan yang modern dan terkini.

Ada yang jenis bercorak abstrak, floral, warna pastel, dan warna bold. Saiz yang kami tawarkan buat masa ini dari saiz M hingga 4XL.

Berminat tengok baju blouse plus size koleksi Haleema Apparel?

Boleh scroll di bawah

Kemeja Muslimah Labuh Amna Terdapat dalam saiz M L XL 2XL 3XL
Kemeja Amna Saiz M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL

Blouse Plus Size Muslimah Jasmin terdapat dalam saiz Plus Size
Blouse Jasmin Saiz dari M, L,XL, 2XL, 3XL, 4XL

Blouse Floral Tisya Plus Size Saiz M L XL 2XL 3XL
Blouse Tisya saiz M, L, XL, 2XL, 3XL



Blouse Misha terdapat dalam saiz plus size
Blouse Misha Saiz M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL

Blouse Nadra Floral saiz M L XL 2XL 3XL 4XL
Blouse Nadra Saiz  M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL

Blouse Plus size Muslimah Naura
Blouse Naura Saiz M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL

Blouse Nora plus size muslimah
Blouse Nora Saiz M, L, XL, 2XL 3XL

Blouse Muslimah Plus Size Sara M L XL 2XL 3XL
Blouse Sara Saiz M, L, XL, 2XL, 3XL

Kemeja Muslimah Plus Size Shira M L XL 2XL 3XL 4XL
Kemeja Shira M, L, XL, 2XL, 3XL 4XL














Berminat yang mana satu? Ada cadangan?
 Boleh buat belian online di www.haleema.com.my
atau datang ke Butik Haleema, Klang Sentral

Alamatnya di
Butik Haleema
19, Jalan Klang Sentral 10/KU5
Taman Klang Sentral
Bukit Raja, Meru
41050 Klang Selangor

Ramai golongan muslimah yang runsing mencari kemeja muslimah yang sesuai dipakai ke pejabat. Memang kemeja ada banyak yang di pasaran tetapi terlalu fit dengan dart di belakang. Singkat pula. Last-last hasrat nak pakai kemeja ke pejabat terkubur sahaja.

Alhamdulillah sekarang ni dah timbul inisiatif ramai peniaga muslim untuk membuat kemeja muslimah yang sesuai di pakai ke pejabat. Apa yang membezakan kemeja kami dengan kemeja lain di pasaran ialah tiada dart di belakang baju dan labuhnya menutupi bahagian punggung.  Untuk Haleema Apparel sendiri kami menyediakan koleksi kemeja labuh paras lutut dan ada yang atas sedikit dari lutut. Kemeja untuk saiz besar atau plus size pun ada. Saiz kemeja kami dari M hingga 4XL

Ada dua pilihan kelabuhan baju kerana pelanggan kami ada yang kecil molek dan yang tinggi lampai. Kalau yang kecil molek pakai baju yang terlalu labuh kasihan pula kami melihatnya.

Antara pilihan kemeja labuh  muslimah yang ada ialah kemeja Shira dan kemeja Amna

Boleh tengok gambar yang ada di bawah ni.

Kemeja Shira panjang bajunya atas sedikit dari lutut, tetapi tetap boleh cover bahagian punggung. Diperbuat daripada kain cotton polyester yang selesa dipakai di mana sahaja.Jenis kainnya mudah digosok dan tak cepat kedut bila dipakai berbanding dengan kain cotton lain

Boleh disesuaikan dengan tudung bercorak dan seluar panjang atau skirt labuh.
Ada banyak pilihan warna. Koleksi warna terkini boleh klik http://www.haleema.com.my/category/blouse-muslimah/shira/

Bahagian leher kemeja shira tak berkolar. Rasa lebih selesa  dipakai bila bertudung insyaAllah
Bahagian belakangnya tak ada dart. Di gambar seolah-olah ada dart kerana kami sepit di belakang patung untuk tujuan penggambaran. Takut ada pula yang salah faham :)







Satu lagi koleksi kemeja labuh kami ialah Kemeja Amna. Labuhnya paras lutut dan saiznya dari M hingga 4XL juga. Diperbuat daripada material yang sama dengan Kemeja Shira iaitu cotton polyester.


Kemeja Amna diserikan dengan trimming warna putih yang nampak contrast dengan warna baju. Nampak lebih stylish kan? Sesuai sangat untuk para muslimah yang berimej korporat. Kemeja Amna mempunyai kolar di leher dengan dua poket di dada. Stok dan saiz yang ada kami update di website. Boleh klik http://www.haleema.com.my/category/blouse-muslimah/amna/










Yang berminat dengan koleksi kemeja muslimah labuh keluaran Haleema Apparel boleh shop online di online store kami www.haleema.com.my atau datang ke Butik Haleema, Klang Sentral




Formula menjemput rezeki ni saya dapat dari Modest Culture Fanpage

Dikongsikan di sini supaya senang nak rujuk kemudian hari dan supaya kita semua sama-sama dapat manfaat daripadanya

1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH...INSYAA ALLAH
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.


Dalam perubatan islam ada doa mengelakkan angin ahmar ini daripada berlaku kepada diri seseorang. Sama-sama kita amalkan supaya penyakit ini dapat dihindari.

Doa Mengelakkan Angin Ahmar ini seperti di bawah

Maksudnya: 
“Wahai Tuhan! Aku berlindung dengan Engkau dan dengan beberapa kalimah yang sempurna daripada penyakit angin ahmar dan daripada penyakit yang besar-besar pada diriku, rohku, darahku, dagingku, lemakku, kulitku dan urat sarafku. Maka apabila Engkau tunaikan sesuatu pekerjaan Engkau berkata jadi oleh mu, jadilah ia. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan upaya pada menolak ujian Allah dan tidak ada kekuatan dalam menjalani ibadah kepada Allah melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi.
 
Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah wujud semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s.
 
Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman duduk di singgahsananya, Maka datang satu lembaga yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah Sulaiman "siapakah engkau".

Maka dijawab oleh lembaga tersebut bahawa akulah Rihul Ahmar....dan Aku bila memasuki rongga anak adam, maka lumpuh, keluar darah dari Rongga, dan apabila aku memasuki otak anak adam, maka menjadi gilalah anak adam,

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar lembaga tersebut, maka berkata Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahawa "Aku kekal sehingga hari kiamat, tiada sesiapa yg dapat membinasakan Aku melainkan Allah. Lalu Rihul Ahmar pun ghaiblah.

Diriwayatkan cucunda Nabi Muhammad S.A.W. terkena Rihul Ahmar sehingga keluar darah dari rongga hidungnya. Maka datang Jibril kepada Nabi S.A.W. bertanya Nabi kepada Jibril. Maka ghaib sebentar Jibril lalu kembali mengajari akan doa Rihul Ahmar kepada Nabi S.A.W. kemudian dibaca doa tersebut kepada cucundanya dan dengan sekejap jua sembuh serta merta. Lalu bersabda Nabi S.A.W. bahawa barang siapa membaca doa strok yakni Doa Rihul Ahmar walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit angin ahmar atau strok

بسم الله الرحمن الرحيم

بِسْمِ الله الرحمن الرحيم,  وَبِهِ نَسْتَعِيْنُ بِسْمِ اللهِ وَبِا اللهِ وَمِنَ اللهِ وَاِلىَ اللهِ,  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا اِلَهَ ِالاَّ اللهِ وَاللهُ اَكْبَرُ وَاَعَزُّ وَاَجَلُّ مِمَّا اَخَافُ واَحْذِرُ.  اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا وَاْلحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَّاَصِيْلاً. 
بِسْمِ اللهِ الشَّافِيْ بِسْمِ اللهِ الْكَافِيْ بِسْمِ اللهِ اْلمُعَافِيْ.   بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهَ شَيْءٌ فِى الْأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ.   وَنُنَزِّلُ مِنَ اْلقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اَنَا الرَّاقِيْ وَاَنْتَ الشَّافِيْ,   اَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَا قَضَيْتَ.   الله اكبر الله اكبر الله اكبر,  اَعُوْذُ بِا اللهِ رَبِّيْ وَخَالِقِيْ وَمُصَوِّرِيْ وَخَالِقِ الصُّوَرِ وَرَازِقِ اْلبَشَرْ.  اَعُوْذُ بِا اللهِ مِنْ جَمِيْعِ اْلآفَاتِ وَاْلعَاهَاتِ وَالْبَلاَءِ وَاْلأَمْرَاضِ وَاْلأَسْقَامِ وَاْلكَسَلِ وَالْخُمُوْدِ وَالْخَبَالِ.
اَللَّهُمَّ أَعِذْ نَفْسِيْ وَحَاِملَ كِتَابِيْ هَذَا وَتَالِيَهُ بِأَسْمَائِكَ اْلعِظَامِ وَأَلاَئِكَ التَّمَامِ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامْ.  يَا مَنْ لَهُ الْمُلْكُ وَالْمَلَكُوْت,  يَا مَنْ لَهُ اْلجَلاَلُ وَالْجَبَرُوتْ.    سُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ شَأْنَكَ,  يَا فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ,  يَا مَلْجَأَ الْمَلْهُوْفِيْنَ, يَا رَاحِمَ الْمَسَا كِيْنَ,  يَاذَاْلعَظَمَةِ وَالسُّلْطَانِ  يَا ذَاالرَّأْفَةِ وَاْلإِحْسَانِ.  يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ, يَا قَاهِرُ لاَيُقْهَرُ, يَا جَائِرُ لاَ يُجَارُ عَلَيْه. 
اَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ اْلبَدَنِ وَاْلمِحَنِ.  وَاَعُوْذُ بِكَ مِنَ الرِّيْحِ اْلأَحْمَرِ وَمِنَ الدَّاءِ اْلأَكْبَرْ, فِى النَّفْسِ وَالرُّوْحِ وَالدَّمِ وَاللَّحْمِ وَاْلعَظْمِ وَاْلجِلْدِ وَاْلعُرُوْقِ وَاْلعَصَبْ.  
سُبْحَانَكَ إِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَإِنَّمَا تَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْن.   َاللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرْ,   يَا بَا رِئُ    يَا بَرُّ يَا مُغِيْثْ,   يَا جَبَّارُ يَا قَهَّارُ يَا قَسِيْطُ يَا مُقْسِطُ يَاقَائِمُ بِااْلقِسْطِ يَا صَرِيْخَ اْلمُسْتَصْرِخِيْنْ,  يَا مُبْدِئُ يَا مُعِيْدُ  يَا رَافِعُ يَا دَافِعُ  يَا كَافِيْ يَا شَافِيْ يَا مُعَافِيْ  يَا غِيَا ثَ اْلمُسْتَغْيِثِيْنَ يَا شَا كِرُ  يَا شَكُوْرُ يَا عَطُوْفُ يَا رَؤُوْفُ يَا نَاصِرُ يَا نَصِيْرُ.  
يَا قَادِرُ يَا مُقْتَدِرُ يَا عَظِيْمُ يَا مُقَدِّمُ يَا مُؤَخِّرُ,   يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ  يَا قَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ.    يَا سَيِّدَاهْ  يَا مَوْلاَهْ  يَا مَالِكَاهْ  يَا غَايَةَ رَغْبَتَاهْ.  يَا مُجِيْرُ  يَا مَنْ يَعْلَمُ مَا نُخْفِيْ وَمَا نُعْلِنُ,  يَا أَحْكَمَ اْلحَاكِمِيْنَ يَا وَلِيَّ اْلمُؤْمِنِيْنَ,  يَا عَوْنَ الضُّعَفَاءِ وَاْلمَسَاكِيْنَ  يَاكَافِى اْلمُتَوَكِّلِيْنَ,  يَا مُكَوِّرَ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَالنَّهَارِ عَلَى اللَّيْلِ,   يَاقَاهِرَ كُلِّ شَيْطَانٍ مَّرِيْدٍ  يَا قَهَّارَ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيْدٍ.
يَا نِعْمَ اْلمَوْلَى  وَيَا نِعْمَ النَّصِيْر,  يَا رَازِقَ الطِّفْلِ الصَّغِيْرِ  يَا رَاحِمَ الشَّيْخِ اْلكَبِيْرِ.   يَا وَلِيَّ اْلمُؤْمِنِيْنَ  يَا إِلَهَ اْلأَوَّلِيْنَ وَاْلأَخِرِيْنَ,  يَا حَبِيْبَ التَّوَّابِيْنَ  يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  يَا خَيْرَ اْلغَافِرِيْنَ      يَا خَيْرَ اْلوَارِثِيْنَ  يَا خَيْرَ اْلفَاصِلِيْنَ.  يَا مَالِكَ يَوْمِ الدِّيْنَ,  اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ.  وَعَلَيْكَ نَتَوَكَّلُ وَفِيْكَ نَرْغَبُ وَفِيْمَا لَدَيْكَ نَرْجُوْ وَمِنْكَ نَخَافُ.
اَللَّهُمَّ اكْفِنِيْ جَمِيْعِ اْلأَلاَمِ وَاْلأَسْقَامِ وَجَمِيْعَ اْلأَمْرَاضِ وَاْلعِلَلِ وَالدَّمِ اْلأَسْوَدِ.  اَللَّهُمَّ اكْفِنِيْ الدَّاءَ اْلأَكْبَرِ وَالرِّيْحَ اْلأَحْمَرِ وَالدَّمَ اْلأَصْفَرِ وَجَمِيْعَ اْلأَفَاتِ وَاْلعَاهَاتِ وَالسَّكْتَةَ وَاْلهَمَّ وَاْلغَمَّ واَلْحُزْنَ وَالسِّجْنَ.  اَللَّهُمَّ اكْفِنَيْ شَرَّ اْلوُحُوْشِ وَاْلهَوَامِ وَمُشَاحَنَةَ اْلعَوَامِ وَاْلإِتْهِزَامْ,  وَشَرَّ الشَّيْطَانِ وَالسُّلْطَانِ  وَاْلقَحْطِ وَاْلغَلاَءِ وَاْلخَلاَءِ وَالزِّلْزَالِ وَاْلبَلاَءِ وَهَدْمِ اْلبِنَاءِ وَشَمَاتَةِ اْلأَعْدَاءِ.  اَللَّهُمَّ اكْفِنِيْ شَرَّ اْلأَشْرَارِ وَكَيْدَ اْلفُجَّارِ وَمَا اخْتَلَفَ عَلَيْهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارِ, اِلاَّ طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
َاعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ أَخِذٌ بِنَا صِيَتِهَا,  اِنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيْمْ.  اَنْتَ رَبِّيْ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ  وَاَنْتَ حَسْبِيْ وَنِعْمَ اْلوَكِيْلُ  نِعْمَ اْلمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  وَلاَ حَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ   بِا اللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ.  وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ اْلوَكِيْلُ نِعْمَ اْلمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَللهُ اْلكَافِيْ اَللهُ الشَّافِيْ اَللهُ اْلمُعَافِيْ, وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ  وَاْلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.

Artinya:
Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dan dengan-Nya kami mohon pertolongan.  Dengan nama Allah, bersama Allah, dari Allah dan kepada Allah, dan segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar, Maha Mulia dan Maha Agung dari sesuatu yang aku takuti dan aku bimbangi.   Allah Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala puji bagi Allah yang sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah diwaktu pagi dan petang.

Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.

Ya Allah, lindungilah diriku dan pembawa / pengguna suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan.

Aku berlindung kepada-Mu dari azab badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.  Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan,

Wahai Tuhan yang Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.  Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal. Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil;

Wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.  Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti.

Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.  Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. 

.



APAKAH ANDA ORANG YG SIBUK ???


Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak membaca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun melakukan seperti yg dipesan. Dia mbaca Al Qur’an 3 juzuk sehari.
Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juzuk sehari.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu pun semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak perkara dalam waktu yang sedikit.
Itulah berkah Al Qur’an

Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk... sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.

Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan.

Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini.... pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya... tanpa mengganggu kegiatan harian kita yang lain.

Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 jenis penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya. [Hadits Riwyt Muslim]
~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~
H A I D

Cara untuk mengenali darah haid.

Identiti darah dapat dikenal pasti dengan dua sifat, kuat atau lemah. Darah kuat dan lemah dapat dikenali melalui 3 cara ;
1) warna darah
2) sifat darah ( rasa semasa darah keluar)
3) bau darah

Kebiasaannya, warna darah yg keluar dari rahim ada 5 warna.
1) hitam
2) merah
3) merah / perang
4) kuning
5) keruh / kuning keputih-putihan / tidak jernih

Tanda BERHENTI HAID ;

" Asma' Binti Abu Bakar r.a. pernah ditanyakan tentang sedikit warna kekuningan, lalu beliau berkata 'Tinggalkan solat selagi mereka (kaum wanita) masih mendapati yg demikian sehinggalah ia tidak melihat melainkan seperti susu yg bersih'.
Tanda-tanda dan pemberitahuan ini merupakan pendapat yg dipegang oleh mazhab Syafi'e, Hanafi dan Maliki.

~naqal drpd kitab hukum & persoalan utama berkaitan haid, nifas, dan istihadhah


Kredit perkongsian FB Fatin Nasuha

Perkembangan fesyen memang mempengaruhi cara wanita berpakaian dalam apa jua lapangan. Bagi wanita muslimah paling penting anda memilih busana muslimah yang mengikut garis panduan syarak.

Tips Memilih Busana Muslimah :

* Pakaian itu hendaklah menutup aurat
* Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan
* Pakaian itu diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan. Jika pakaian itu jarang, anda harus memakai pakaian dalam untuk mengelakkan bayangan ttubuh badan
*Pakaian itu hendaklah dibuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya.
* Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya serta mendatangkan fitnah
* Pakaian tidak menyerupai lelaki


Dalam memperkatakan mengenai fesyen yang sesuai untuk muslimah, kita tidak sepatutnya mengongkong fikiran dengan menggambarkan pilihan yang terhad kerana sudah jelas Islam tidak menentukan fesyen atau bentuk pakaian. Pelbagai jenis busana muslimah yang ada dipasaran seperti baju kurung, jubah, tunik, blouse atau tunik yang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh untuk anda pilih.




Walau bagaimanapun, busana muslimah harus disesuaikan dengan bentuk tubuh, supaya kekurangan kita dapat ditutupi.

Berikut ini adalah beberapa tips ringkas untuk memilih busana muslimah agar sesuai dengan bentuk tubuh:

Tubuh tinggi
Wanita muslimah yang mempunyai  tubuh yang tinggi sesuai memakai pelbagai jenis busana muslimah dari jubah, tunik hingga ke paduan blouse dengan skirt atau seluar panjang. Untuk menaikkan seri penampilan anda, anda boleh memakai aksesori seperti rantai atau gelang supaya penampilan anda  kelihatan lebih cantik dan lebih manis.

Tubuh kecil 
Wanita muslimah yang bertubuh kecil seeloknya elakkan diri daripada memakai jubah yang besar kerana ia akan menampakkan tubuh anda kelihatan seakan tenggelam. Sebaiknya anda memakai blouse yang panjang atau tunik labuh paras lutut dan dipadankan dengan seluar straight cut. Pakai tudung atau selendang dengan warna yang senada agar penampilan anda kelihatan cantik dan sopan.

Tubuh berisi 
Untuk tubuh berisi, pilih blouse dan seluar wide leg. Dengan blouse muslimah ini anda akan kelihatan lebih langsing. Pilihlah warna gelap untuk memberikan ilusi dan menyamarkan bentuk tubuh anda. Pilih tudung atau selendang yang tidak berlayer untuk menghindari efek penuh pada penampilan anda. Anda juga boleh memilih corak yang simple seperti garis-garis lurus atau corak abstrak yang berbentuk kecil supaya anda kelihatan langsing dan tidak berisi.

Ingat kecantikan dari dalam harus ditambahkan kecantikan luaran dengan menggunakan fesyen yang sesuai. Kecantikan bukan hanya  dari wajah saja namun boleh juga dilihat dari penampilan yang sesuai. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.